23 February 2009

Festival Layang-Layang



Semalam kami ke Festival Layang-Layang di Pasir Gudang. Suka btol anak aku tgk layang2.. kami pergi pun dah lewat petang. Dah x byk layang2 yg ada.. Ramai btol, nak parking kereta pun susah..

Ayeen & Kolamnya


Ayeen dan kolam kecilnya... haha suka btol anak aku dpt mandi kolam. Sbanarnya kolam ni dh lama beli.. sejak dh pandai mandi dlm kolam renang besar tu eksyen xnak mandi kolam kecik ni lagi.. Smlm, mandikan dia dlm kolam ni.. suka btol. abis lecak halaman umah dia kerjakan sampai xnak naik









20 February 2009

Rumah Baru






Inilah rumah baru kami di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang... semalam baru amek kunci kat Johor Land.
Alhamdulillah, setelah menunggu beberapa bulan akhirnya dapat juga. InsyaAllah xde aral melintang pindahla kami bulan depan..



18 February 2009

Super

Ni menu super mlm tadi.. kononnya nak diet x mkn malam sbb badan dh makin tembam. Haha.. dah kul 11lebih jek x blh tahan la. Lapaaaaarrrrrrr... So, aku masakla makaroni sup sup ni utk makan berdua..

Makaroni Sup
Bahan:
2 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 kiub pati ayam megi
Hirisan ayam
Udang (apa2 jek yg ada)
Air (agak2 jek)
makaroni - di rebus

Cara:
  • Hiris bahan bertanda *.
  • Tumis hingga naik bau, masukkan air & kiub pati ayam megi.
  • Masukkan ayam, udang or seafood yg ada.
  • Tunggu hingga mendidih, masukkan makaroni & sayur.
  • Biarkan mendidih sekejap, tutup api.
  • Angkat dan hidangkan.. taburkan dengan daun sup serta bawang goreng


17 February 2009

My Sweetheart


My Family - Ni gambar masa Hari Raya Puasa 2008. Aku & adik beradik


Ni plak aku & suami tercintaaaa



Ini mak & abah - Loving couple.. dah masuk 33 tahun mereka bersama. Dikurniakan dgn 7 org anak, 2 org menantu & sepasang cucu.


Ni plak keSAYANGku.. ZAFRI FAHRIN

Menu Makan Malam

Ni ler menu makan malam ku.. simple jek. Yg penting licin dikerjakan oleh suamiku.. hehe sampai dah kena komplen, jgn masak sedap sgt.. badan dah makin naik ni. Hihihi.. tu ler jgnla mkn byk sgt yaaaannnnggg oooiii. Aku sertakan resepinya... layan jekkkkk




Sayur Campur
Bahan:
1 biji bawang merah *
1 ulas bawang putih *
1 btg lada merah *
1 kiub kecil pati ayam megi
Sayur (Kacang Botol/Jagung Muda/Carrot/Kobis)
Fishball
Udang
Ayam

Cara:
  • Hiris bahan bertanda * dan tumis hingga naik bau.
  • Masukkan Ayam/Udang/Fishball.
  • Setelah 1/2 masak, masukkan sedikit air & kiub pati ayam megi.
  • Campurkan dengan sayur, gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan.



Ayam Masak Merah
Bahan:
1/2 ekor ayam
7-10 batang lada kering *
1 biji bawabg besar *
1/2 inci lengkuas *
1/2 inci halia *
1 senduk sos tomato
1/2 senduk sos cili
1/2 mangkuk air asam jawa (klau x letak pun xpe, lebihkan sos tomato)
serai - diketuk
garam/gula/serbuk perasa

Cara:
  • Ayam digaul dgn kunyit lalu di goreng.
  • Blend bahan bertanda * dan tumis hingga garing.
  • Campurkan dgn Garam/Gula/Serbuk Perasa.
  • Kacau rata. Masukkan sos, serai & air asam jawa.
  • Dah pekat, rasa kuahnya.. cukup rasa, masukkan ayam & gaul rata.
  • Angkat & hidangkan.



Sotong Simple
Bahan:
10 ekor sotong putih
5 tangkai cili kering *
1 biji bawang besar *
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu kicap manis
serai - diketuk
asam keping
garam/gula/serbuk perasa

Cara:

  • Sotong dibersihkan. Di goreng tanpa minyak, toskan air. Ketepikan. (#)
  • Blend bahan bertanda * dan tumis hingga garing.
  • Masukkan garam/gula/serbuk perasa.
  • Masukkan sos cili, tomato, kicap & serai.
  • Kacau rata, kemudian masukkan asam keping.
  • Cukup rasa, masukkan sostong.
  • Gaul rata, angkat & hidangkan.
(# petua mak saya utk buat sotong tu kenyal)

14 February 2009

My Wedding


Ni gamba kat studio. Amek lepas majlis sanding kat umah aku.


Ni masa ari majlis persandingan pada 10hb Disember 2006


Ni masa majlis berinai, lps majlis pernikahan pada 9hb Dis 2006



Hehe.. saje jek gatal nak menempel gambar kahwin aku
Aku dinikahkan pada 9hb Dis 2006 dan 10hb Dis 2006 majlis persandinganku...
Alhamdulillah, ramai yg sponsor majlis ku ini... TERIMA KASIH!!!
InsyaAllah, angah xkan lupakan jasa anda smua
Keluarga suamiku pula membuat majlis sambut menantu pada hari raya cina, lebih kurang selang 2 bulan dari majlis di rumah. Apa lagi, family pergi ke Kelantan dengan serombongan bas.. ahaks... mereka sbnarnya nak bershoping di Rantau Panjang. Kebetulan mmg dekat dgn rumah mertuaku... Perghhhh siap dgn Wkaf Che Yeh, Pasar Besar Siti Khadijah di Kota Bharu pun diorang pergi. Berjalan sakan.. blk singgah di Pasar Payang kat Kuala Terengganu. Aku balik sendiri jek sbb aku g sana menaiki kereta bersama hb ku.. Alhamdulillah smuanya berjalan dengan lancar.. Aku syukur dikurniakan dgn family mertua yg amat baik

13 February 2009

Kenangan di YH


Kenanganku di YH.. ni ler forum kantin.. dah gal baper org jek yg keje kat sana. Ramai yg dah berhenti.. cam aku ni di offer VSS.. nk wt camne ekonomi gawat ek. Xpela bukan rezki ku disana, tp aku dh kerja di tempat baru



HaPpY BesDaY KAKAK@TITIE


HappY BesdaY Kakak@Titie yg ke-19.. ari ni besday adik pompuanku.
Kami memanggilnya kakak.. sejak dh ada anak sedara ni die lebih suka panggil Titie (Auntie ler tu)... Semoga kakak menjadi anak yg baik yek..



JLA .... dalam kenangan



Ni Naza Citra yg aku beli.. baru jek 12 hari ku gunakan telah terlibat dlm kemalangan di highway Pasir Gudang. Masa tu aku, ayeen & adik bongsuku dlm perjlnan mengambil suami blk kerja. Kereta ku telah di langgar oleh lori kontena dan aku melanggar kereta di hadapan. Jumlah kenderaan yg terlibat adalah 7 buah. Tapi mujurlah kami semuanya selamat.. Keretaku telah di isytiharkan "TOTAL LOSS" dan pihak insurans telah membyr baki pinjaman ku. Sekarang aku telah membeli kereta model yg sama..

Ayeen di hospital



Cian anak mama kena tahan wad yek.. paru2 ada kuman & kena monitor sbb benjolan besar di kepala. Sbanarnya jika x pasal xcident aku pun xtau yg anakku sakit. 3 ari dia di wad.. Mak yg jaga sbb aku x blh jaga memandangkan tgn serta kakiku berjahit & bengkak... sedih bila ayeen xde di umah, sunyi jek..isk..isk



Zafri Fahrin



Ayeen yg semakin membesar.. sekarang dh 10bulan. Makin ligat.. berat dah makin susut sebab terlalu aktif. Penat nak mengejarnya x pernah nak dok diam jek. Hehe tp mama & abah x juga kurus yek:)





Ni masa anakku baru jek sebulan... dilahirkan pada 29 Mac 2008 dgn berat 3.17kg pkl 2.33ptg di HSI. Putera sulung ku di beri nama ZAFRI FAHRIN BIN ZAINIZAM. Kami memanggilnya Ayeen.. Merupakan cucu sulung buat keluarga ku & suami

11 February 2009

Aising Coklat Satin

Aising Coklat Satin

Bahan:

  1. 150 g coklat masakan (dicairkan)
  2. 200 g mentega
  3. 125 ml susu pekat
  4. 2 camb susu segar 4 biji kuning telur

Cara:

  1. Mentega dipukul hingga kembang kemudian masukkan kuning telur, susu pekat dan susu segar.
  2. Pukul lagi hingga rata kemudian tuangkan coklat cair (pastikan ia sejuk tapi masih cair) dan kacau hingga rata.
  3. Simpan di dalam peti sejuk sebentar tetapi hendaklah dikacau setiap 2-3 minit supaya ia tidak membeku.
  4. Bila cukup pekat, sapukan pada kek.

1st class cup cake



hehe.. ni ler 1st class deko ku bersama sifu sweetlily. Aku blaja deko dgn dia pada 28Jan2009. Cian dia dpt student cam aku ni.. keras tangan btol bile wt bunga bc.. xpe yek nina, akan ku cuba lagi

my 1st posting

Ni le first time aku blogging stelah asyik meninjau blog2 yg len. Jeles tgk diorang nye blog.. hehe xpe tu menjadi pembakar smangatku. Nak tulis pe dlm ni pun lom ada idea lagi.. nanti la yek..