03 October 2009

Aidilfitri 2009 - di Kelantan

Aku sekeluarga di umah Cik Mah - Pasir Mas

Umah Cik Mah - Pasir Mas

Kami di umah Mek - Tanah Merah

Kami sekeluarga di umah abah - Pasir Mas
Raya tahun ni giliran kami beraya di Kelantan, kg suamiku. Malam raya baru kami sampai kg..
Raya kali ni busy sgt, sebab sepupu suamiku kahwin.
Menu raya pertama - Ma (makcik suami) masak nasi lemak.
Malamnya ada buat kenduri tahlil utk arwah mak & solat hajat utk majlis kenduri kahwin, masak gulai kambing+roti jala&roti potong, kak ipar masak bihun goreng..
Raya kedua sepupu nikah kat pengkalan chepa, raya ke-3 rombongan hantar pengantin.. raya ke-4 plak majlis sambut menantu belah kami plak.. Raya ke-5 gerakan mengemas umah, sempat gakla kami gi shoping kat rantau panjang & malamnya ke Wakaf Che Yeh plak.
Raya ke-6 baru la kami gi meronda beraya ke umah mek & pakcik makcik suamiku..
Raya ke-7 baru kami bertolak balik JB.. Penat tapi seronok berkumpul sekeluarga..
ni ler gamba yg aku sempat upload, byk lagi dalam simpanan.. xde masa ler...

Selamat Hari Raya semua......

18 August 2009

Biskut Raya 2009

Salam Kengkawan... sesapa yang berminat untuk menempah biskut raya.
InsyaAllah sedaappp.. di buat oleh sendiri menggunakan butter sepenuhnya

Senarai kuih:
1) Almond London - RM 19 (50pcs)
2) Tart Gulung - RM 19 (50pcs)
3) Choc Chips Rangup - RM 18 (50pcs)
4) Almond Toasted Coconut - RM 18 (50pcs)
5) Green Princess - RM 18 (50pcs)

Kerepek:
1) Kerepek Pisang Tanduk - RM 20 (1kg)
2) Kacang Tepung Madu - RM 18 (1kg)

11 August 2009

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat ayah angkatku En. Ismail bin Jantan
Ayah Mail telah meninggalkan kami pada 8-8-2009 kerana jangkitan kuman pada paru-parunya..
Sewaktu kwn baik aku merangkap anak sulung arwah menghantar sms mengatakan ayah sedang tenat, aku bagai terpaku mendengar berita tersebut. Hendak bergegas ke Segamat menziarah tak sempat sebab pada hari itu aku & family sedang rewang di rumah jiran sebelah mak ada kenduri kahwin. Plannnya esok pagi2 kami berangkat ke Segamat, tapi apakan daya.. selang tak lama kemudian, Liza kawan baikku menelefon dan memberitahu yg ayah telah meninggal dunia.. adussssss rasanya mcm jiwa aku kosong mendapat berita tersebut..
Kami menziarah keluarga angkatku pada hari Ahad nya.. Begitu tabah aku lihat mak & adik2 yang lain..
semoga ayah di tempatkan di kalangan org2 yang beriman..Amin

16 July 2009

AGEN BISKUT RAYA 2009

AGEN BISKUT RAYA DIPERLUKAN

* Berminat menjadi pengedar biskut raya ?

* Boleh menambahkan pendapatan..

* Agen sekitar Johor di perlukan

* Agen biskut akan di berikan harga yang istimewa

* Berminat??

Hubungi saya atau Email

Tel: Angah - 019-7609428
Email: fmd_4879@hotmail.com

Sample-sample akan diberikan..

07 July 2009

KueTeow Ladna

Kuew Teow Ladna.. resepi yang ku ambil dari MyResepi. Kredit tu Sunkist atas resepinya yg sedap

Copy paste jekla yek..

Thai-Style Kue Teow Lad Na (oleh: sunkist)

Bahan-bahan ( 2 orang )

250 gram kue teow
4 sb minyak sayuran
1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
100 gram isi ayam - di potong kecil2
2 sb tepung jagung
11/2 cawan brokoli
1 sb bawang putih - dicincang kasar
1 sb taucu (yellow bean sauce)
2 cawan stok ayam
1 sb sos ikan
1 sb sos tiram
1 sb maggi seasoning
gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper

Cara-cara :

Gaulkan isi ayam dengan 1 sb tepung jagung dan maggi seasoning. Perap selama 10 minit.

Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat.
Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.

Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan.
Masukkan taucu (yellow bean sauce) dan goreng lagi sehingga sebati.

Masukkan pula ayam yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak.

Masukkan pula stok ayam dan masak hingga mendidih.

Masukkan brokoli, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata.

Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.

Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi.

Taburkan sedikit serbuk white pepper.

Putera Kesayangaku






Saje jek aku masukkan gambar putera kesayangku ni... makin membesar & makin ligat. Kuat mengamuk jek kalau apa yang diingini tak dipenuhi

Selamat Hari Lahir Abang

Kek Besday (Beli jek)

Ready nak tiup lilin - Mr Hubby & Pokce

Ber'BBQ'

Meriah


Tanggal 5Julai adalah hari lahir suami tercayang aku.. Selamat Hari Lahir yg ke-35 abang.. semoga abang bahagia, dilimpahi rezki, dilindungi oleh-NYA
Tapi disebabkan 5hb tu Mr HB nak tolong kwnnya buat wiring, aku & kengkwn plan buat awal sehari. Majlis makan2 yang di rancangkan sebenarnya hanya kecil jek awalnya. Cuma aku bersama 2 org lagi jiran kami serta keluargaku sahaja. Atas sebab2 tertentu, kami pun pelawa la beberapa kwn2 rapat & jiran yang ada bersama2 memeriahkan majlis ni.
Menu kami simple jek, bbq ayam, hotdog, udang, kupang, kerang, ikan, jagung & nasi goreng. Air pula kami buat ais jelly. Acha jiran seblh umah buat serawa durian & bubur kacang. Cik Sam plak, buatkan jelly utk air minuman kami
Terima kasih buat semua yek..


22 June 2009

Hari Bapa


Kek Coklat Moist (2kg) yang di order Kak Lin merangkap tuanrumah

BBQ



Semalam merupakan hari bapa. Jiran2 selorong denganku membuat pakatan untuk meraikan bapa-bapa. Kami berkongsi ramai2 dan membuatnya di rumah pengerusi majlis merangkap tuan rumah Kak Lin & Abg Midi.

Menu yang ada mcm BBQ (ayam, udang, kupang & hotdog), laksa kelantan, nasi goreng, kuih.. seronokla lepak ramai2 camni. Bukan senang nak kumpul ramai2, tu pun ramai gak yg xde..

Kira okla tu, sebab kami ni kira kejiranan baru gak.. start duduk kat sini pun bari jek 3 bulan.
Untuk suami, abahku & bapa mertuaku.. SELAMAT HARI BAPA!!!

15 June 2009

Order minggu ni

Choc Chip Muffin - 100pcs

Sedia untuk di ambil

Kek Coklat Moist - untuk di hantar

Kek Coklat Moist - order dari Ayu

Kek Coklat Moist - Order dari Kak Yatie
Minggu lepas memang aku sibuk, dalam 1 hari aku kena siapkan tempahan 2 biji kek coklat moist & Choc chip muffin. Tak tido dibuatnya, tapi aku puas.. dapat tambah rezeki
Amat (jiran umah aku) - Choc Chip Muffin : 100pcs
Acha (jiran seblh) - Choc Chip Muffin : 30pcs
Ayu (x-opis mate) - Anniversary Kek
Kak Yati (x-opis mate) - Birthday Kek utk anak bujangnya
Terima kasih bebanyak, harap2 tak serik order lagi

Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus - Order dari Kak Atie

08 June 2009

My Baby


Ayeen posing di rumah

Ayeen bermain di taman, masamnya muka anak mama

Kat TESCO tgh tunggu nenek bayar, Ayeen timbang berat..
Saje jek upload kan gamba anak kesayangan aku ni. Dah lama ambil tapi malas & takde masa nak belek satu2 gamba yg ada dlm hp kesayangan aku ni.. Makin membesar anakkku sorang ni. Dah pandai jalan makin ligat aksinya, pening + penat di buatnya.. Dah pandai, kalau lalu je area Tesco mesti sebut "Ecoo..Ecoo" Penangan nenek selalu bawa pegi Tesco la gamaknya. Nasib baik belum pandai minta KFC/Pizza.. almaklumla umah kami dekat jek dgn KFC/Pizza kat Pasir Gudang tu.. Saaaaayaaaaangg anak mama, mmmuuuaahhh

Aktiviti Masa Cuti

Suasana waktu 6.41pagi
Cantiknya kejadian Illahi

Cik Amat & Cik Sham tgh memancing

Cik Acha sedang memasak inti sandwich sardin

Cik Amat yg kepenatan

Mr Hubby posing dgn joran



Jumaat lepas 05.06.09 aku, mr hb, adik bongsu, cik acha & sham, cik sam & cik amat pegi mancing kat Sg Layang, Tiram. Kiteorg gi dalam kul 8mlm hingga 11pagi.. Seekor ikan pun tak dapat, FRUSTnya. Takpela, saje jek seronok2 gi reramai.. Janji HApPy. Cuma aku x bape happy sbb buah hati aku tak ikut, mak tak bagi ikutla dia risau cucu kesayangannya tu kan lasak. Ada plak kiteorang terleka anak aku terjun laut plak.. maka terpaksala di tinggalkan dgn neneknya. Takpe ehhh baby, lain kali Mama bawa baby gi mandi kolam. Mesti baby suka..

02 June 2009

Choc Moist Cake



Kek Coklat Moist ni di order oleh kawan baik aku CIK ELY utk bufday tunangnya.. merangkap kawan aku & Mr HB gak. Kiteorg dlu satu keje.. harap2 berpuas ati la yek

29 May 2009

Choc Chip Muffin


Choc Chip Muffin ni di order oleh Noreha dari Kota Masai. Aku guna resepi lain, Double Choc Chip Muffin.. sedap, terasa kecoklatannya.. memang aku penggemar coklat. Saje buat lebih bawa opis, bagi kat kengkawan & jiran utk rasa.. hehe sambil tu leh promote skali

07 May 2009

Puding Karamel

Puding karamel ni i order oleh kawan aku.. kak tie. Dia order 30pcs utk kenduri arwah kat umah family dia.. terpahit ckit karamelnya..

Dinner Semalam

Suasana matahari terbenam.. hehe blkg tu dah umah kami

Ayeen posing

Lagi posing

Menu dinner
Smlm MR HB dapat gaji... so dia blanja makan kat kedai area umah.. dkt jek. Dari kedai tu dh nampak dapur umah..hehe WARUNG RESZ.. sedap.. Nasi putih, tomyam ayam, kailan ikan masin, telur dadar.. aku minum air bandung, hb plak teh o ais limau.. ayeen minum ribena jek

Nasi Ayam Penyet


Nasi Ayam Penyet ni aku masak hari ahad lepas.. menu makan tgh hari.. Mr HB komplen sambal x best mcm kat LC Catering, yekla.. aku buat sambal blcn jek.. Tu pun aku amek resepi kat blog brother rozzan http://rozzan.blogspot.com/2009/04/ayam-penyek.html .. tgkla yek. Copy paste jek.. tq bro
NASI AYAM PENYET PALEMBANG
Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)
Bahan A (untuk merebus ayam)
  • 1 ekor ayam (belah empat)
  • 1 batang serai
  • 2 ibu jari halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 liter air
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya

  • Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
  • Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
  • Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
  • Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.

Bahan B (untuk goreng ayam)

  • 2 biji telur
  • 175 gram tepung beras
  • 50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka) -cuci, toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh rempah kari daging
  • 1 sudu teh serbuk lada
  • Garam dan air secukupnya

Cara-caranya

  • Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
  • Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
  • Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
  • Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.
  • Nota:Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.

Bahan C (Untuk nasi dan sup)

  • 1 kilo beras (cuci dan toskan)
  • 150 gram mentega
  • 1 cawan minyak masak
  • ½ cawan minyak bijan
  • 6 – 8 helai daun pandan
  • 1 batang serai5 ulas bawang putih (ketuk)
  • Garam secukup rasa
  • Air rebusan (stok) ayam secukupnya

Cara-caranya

  • Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi.
  • Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
  • Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut.
  • Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  • Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan D (untuk sambal dan ulam)

  • 3 batang lada merah
  • 3 biji lada padi
  • 10 ulas bawang kecil3
  • labu tomato
  • 100 gram ikan bilis goreng
  • 100 gram belacan
  • Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)

Cara-caranya

  • Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit.
  • Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.
  • Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.
  • Nota:Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan.
  • Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)

  • ½ botol sos tiram½ botol air
  • Segenggam gula pasir
  • Sedikit minyak bijan

Cara-caranya

  • Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.

Kek Coklat Moist - Order from Sharifa


Kek Coklat Moist di tempah oleh opismate baru aku.. Sharifa. Nak test katanya.. Xtaula respond mcm mana, lom tanya lagi

17 April 2009

Order from Jocelyn


Kek Coklat Lembap ni di order oleh ex-click aku kat opis lama. Jocelyn order utk besday bos dia.. Hari ni la nak celebrate.. gu dia komen camne kek ni