29 May 2009

Choc Chip Muffin


Choc Chip Muffin ni di order oleh Noreha dari Kota Masai. Aku guna resepi lain, Double Choc Chip Muffin.. sedap, terasa kecoklatannya.. memang aku penggemar coklat. Saje buat lebih bawa opis, bagi kat kengkawan & jiran utk rasa.. hehe sambil tu leh promote skali

07 May 2009

Puding Karamel

Puding karamel ni i order oleh kawan aku.. kak tie. Dia order 30pcs utk kenduri arwah kat umah family dia.. terpahit ckit karamelnya..

Dinner Semalam

Suasana matahari terbenam.. hehe blkg tu dah umah kami

Ayeen posing

Lagi posing

Menu dinner
Smlm MR HB dapat gaji... so dia blanja makan kat kedai area umah.. dkt jek. Dari kedai tu dh nampak dapur umah..hehe WARUNG RESZ.. sedap.. Nasi putih, tomyam ayam, kailan ikan masin, telur dadar.. aku minum air bandung, hb plak teh o ais limau.. ayeen minum ribena jek

Nasi Ayam Penyet


Nasi Ayam Penyet ni aku masak hari ahad lepas.. menu makan tgh hari.. Mr HB komplen sambal x best mcm kat LC Catering, yekla.. aku buat sambal blcn jek.. Tu pun aku amek resepi kat blog brother rozzan http://rozzan.blogspot.com/2009/04/ayam-penyek.html .. tgkla yek. Copy paste jek.. tq bro
NASI AYAM PENYET PALEMBANG
Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)
Bahan A (untuk merebus ayam)
  • 1 ekor ayam (belah empat)
  • 1 batang serai
  • 2 ibu jari halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 liter air
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya

  • Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
  • Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
  • Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
  • Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.

Bahan B (untuk goreng ayam)

  • 2 biji telur
  • 175 gram tepung beras
  • 50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka) -cuci, toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh rempah kari daging
  • 1 sudu teh serbuk lada
  • Garam dan air secukupnya

Cara-caranya

  • Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
  • Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
  • Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
  • Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.
  • Nota:Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.

Bahan C (Untuk nasi dan sup)

  • 1 kilo beras (cuci dan toskan)
  • 150 gram mentega
  • 1 cawan minyak masak
  • ½ cawan minyak bijan
  • 6 – 8 helai daun pandan
  • 1 batang serai5 ulas bawang putih (ketuk)
  • Garam secukup rasa
  • Air rebusan (stok) ayam secukupnya

Cara-caranya

  • Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi.
  • Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.
  • Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut.
  • Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
  • Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan D (untuk sambal dan ulam)

  • 3 batang lada merah
  • 3 biji lada padi
  • 10 ulas bawang kecil3
  • labu tomato
  • 100 gram ikan bilis goreng
  • 100 gram belacan
  • Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)

Cara-caranya

  • Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit.
  • Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.
  • Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.
  • Nota:Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan.
  • Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)

  • ½ botol sos tiram½ botol air
  • Segenggam gula pasir
  • Sedikit minyak bijan

Cara-caranya

  • Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.

Kek Coklat Moist - Order from Sharifa


Kek Coklat Moist di tempah oleh opismate baru aku.. Sharifa. Nak test katanya.. Xtaula respond mcm mana, lom tanya lagi