12 January 2010

Zafri Fahrin - Pic terbaru

main cak-cak dgn mama

kat KFC Bukit Dahlia

kat umah

dah besor anak bujangku

koleksi gambanyeeeee
Anak bujangku dah makin besar+keletah+ngengada............ dah pandai minta mcm2
dah pandai minta jajan, epci(KFC), amann(main taman), inummmmm(nak minum)..
aku happpppppppppyy sgt dikurniakan anak yg bijak+keletah mcm dia...
Zafri Fahrin, mama+abah sayanggggggg sgt kat Fahrin.. smoga jadi anak yg soleh & bijak

Tahun 2010

Salam Tahun Baru!!! (walau dah 12 hari pun...heheeee)
Lamanya aku meng'hapdet' blog ni
Ntahla, macam xde mood lepas hp kesayanganku rosak..
Semoga tahun baru ni membuatkan hidupku sekeluarga makin bertambah baik... AMinnnnnnnnnn

03 October 2009

Aidilfitri 2009 - di Kelantan

Aku sekeluarga di umah Cik Mah - Pasir Mas

Umah Cik Mah - Pasir Mas

Kami di umah Mek - Tanah Merah

Kami sekeluarga di umah abah - Pasir Mas
Raya tahun ni giliran kami beraya di Kelantan, kg suamiku. Malam raya baru kami sampai kg..
Raya kali ni busy sgt, sebab sepupu suamiku kahwin.
Menu raya pertama - Ma (makcik suami) masak nasi lemak.
Malamnya ada buat kenduri tahlil utk arwah mak & solat hajat utk majlis kenduri kahwin, masak gulai kambing+roti jala&roti potong, kak ipar masak bihun goreng..
Raya kedua sepupu nikah kat pengkalan chepa, raya ke-3 rombongan hantar pengantin.. raya ke-4 plak majlis sambut menantu belah kami plak.. Raya ke-5 gerakan mengemas umah, sempat gakla kami gi shoping kat rantau panjang & malamnya ke Wakaf Che Yeh plak.
Raya ke-6 baru la kami gi meronda beraya ke umah mek & pakcik makcik suamiku..
Raya ke-7 baru kami bertolak balik JB.. Penat tapi seronok berkumpul sekeluarga..
ni ler gamba yg aku sempat upload, byk lagi dalam simpanan.. xde masa ler...

Selamat Hari Raya semua......

18 August 2009

Biskut Raya 2009

Salam Kengkawan... sesapa yang berminat untuk menempah biskut raya.
InsyaAllah sedaappp.. di buat oleh sendiri menggunakan butter sepenuhnya

Senarai kuih:
1) Almond London - RM 19 (50pcs)
2) Tart Gulung - RM 19 (50pcs)
3) Choc Chips Rangup - RM 18 (50pcs)
4) Almond Toasted Coconut - RM 18 (50pcs)
5) Green Princess - RM 18 (50pcs)

Kerepek:
1) Kerepek Pisang Tanduk - RM 20 (1kg)
2) Kacang Tepung Madu - RM 18 (1kg)

11 August 2009

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat ayah angkatku En. Ismail bin Jantan
Ayah Mail telah meninggalkan kami pada 8-8-2009 kerana jangkitan kuman pada paru-parunya..
Sewaktu kwn baik aku merangkap anak sulung arwah menghantar sms mengatakan ayah sedang tenat, aku bagai terpaku mendengar berita tersebut. Hendak bergegas ke Segamat menziarah tak sempat sebab pada hari itu aku & family sedang rewang di rumah jiran sebelah mak ada kenduri kahwin. Plannnya esok pagi2 kami berangkat ke Segamat, tapi apakan daya.. selang tak lama kemudian, Liza kawan baikku menelefon dan memberitahu yg ayah telah meninggal dunia.. adussssss rasanya mcm jiwa aku kosong mendapat berita tersebut..
Kami menziarah keluarga angkatku pada hari Ahad nya.. Begitu tabah aku lihat mak & adik2 yang lain..
semoga ayah di tempatkan di kalangan org2 yang beriman..Amin

16 July 2009

AGEN BISKUT RAYA 2009

AGEN BISKUT RAYA DIPERLUKAN

* Berminat menjadi pengedar biskut raya ?

* Boleh menambahkan pendapatan..

* Agen sekitar Johor di perlukan

* Agen biskut akan di berikan harga yang istimewa

* Berminat??

Hubungi saya atau Email

Tel: Angah - 019-7609428
Email: fmd_4879@hotmail.com

Sample-sample akan diberikan..

07 July 2009

KueTeow Ladna

Kuew Teow Ladna.. resepi yang ku ambil dari MyResepi. Kredit tu Sunkist atas resepinya yg sedap

Copy paste jekla yek..

Thai-Style Kue Teow Lad Na (oleh: sunkist)

Bahan-bahan ( 2 orang )

250 gram kue teow
4 sb minyak sayuran
1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
100 gram isi ayam - di potong kecil2
2 sb tepung jagung
11/2 cawan brokoli
1 sb bawang putih - dicincang kasar
1 sb taucu (yellow bean sauce)
2 cawan stok ayam
1 sb sos ikan
1 sb sos tiram
1 sb maggi seasoning
gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper

Cara-cara :

Gaulkan isi ayam dengan 1 sb tepung jagung dan maggi seasoning. Perap selama 10 minit.

Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat.
Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.

Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan.
Masukkan taucu (yellow bean sauce) dan goreng lagi sehingga sebati.

Masukkan pula ayam yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak.

Masukkan pula stok ayam dan masak hingga mendidih.

Masukkan brokoli, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata.

Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.

Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi.

Taburkan sedikit serbuk white pepper.

Putera Kesayangaku






Saje jek aku masukkan gambar putera kesayangku ni... makin membesar & makin ligat. Kuat mengamuk jek kalau apa yang diingini tak dipenuhi

Selamat Hari Lahir Abang

Kek Besday (Beli jek)

Ready nak tiup lilin - Mr Hubby & Pokce

Ber'BBQ'

Meriah


Tanggal 5Julai adalah hari lahir suami tercayang aku.. Selamat Hari Lahir yg ke-35 abang.. semoga abang bahagia, dilimpahi rezki, dilindungi oleh-NYA
Tapi disebabkan 5hb tu Mr HB nak tolong kwnnya buat wiring, aku & kengkwn plan buat awal sehari. Majlis makan2 yang di rancangkan sebenarnya hanya kecil jek awalnya. Cuma aku bersama 2 org lagi jiran kami serta keluargaku sahaja. Atas sebab2 tertentu, kami pun pelawa la beberapa kwn2 rapat & jiran yang ada bersama2 memeriahkan majlis ni.
Menu kami simple jek, bbq ayam, hotdog, udang, kupang, kerang, ikan, jagung & nasi goreng. Air pula kami buat ais jelly. Acha jiran seblh umah buat serawa durian & bubur kacang. Cik Sam plak, buatkan jelly utk air minuman kami
Terima kasih buat semua yek..


22 June 2009

Hari Bapa


Kek Coklat Moist (2kg) yang di order Kak Lin merangkap tuanrumah

BBQ



Semalam merupakan hari bapa. Jiran2 selorong denganku membuat pakatan untuk meraikan bapa-bapa. Kami berkongsi ramai2 dan membuatnya di rumah pengerusi majlis merangkap tuan rumah Kak Lin & Abg Midi.

Menu yang ada mcm BBQ (ayam, udang, kupang & hotdog), laksa kelantan, nasi goreng, kuih.. seronokla lepak ramai2 camni. Bukan senang nak kumpul ramai2, tu pun ramai gak yg xde..

Kira okla tu, sebab kami ni kira kejiranan baru gak.. start duduk kat sini pun bari jek 3 bulan.
Untuk suami, abahku & bapa mertuaku.. SELAMAT HARI BAPA!!!