16 July 2009

AGEN BISKUT RAYA 2009

AGEN BISKUT RAYA DIPERLUKAN

* Berminat menjadi pengedar biskut raya ?

* Boleh menambahkan pendapatan..

* Agen sekitar Johor di perlukan

* Agen biskut akan di berikan harga yang istimewa

* Berminat??

Hubungi saya atau Email

Tel: Angah - 019-7609428
Email: fmd_4879@hotmail.com

Sample-sample akan diberikan..

07 July 2009

KueTeow Ladna

Kuew Teow Ladna.. resepi yang ku ambil dari MyResepi. Kredit tu Sunkist atas resepinya yg sedap

Copy paste jekla yek..

Thai-Style Kue Teow Lad Na (oleh: sunkist)

Bahan-bahan ( 2 orang )

250 gram kue teow
4 sb minyak sayuran
1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
100 gram isi ayam - di potong kecil2
2 sb tepung jagung
11/2 cawan brokoli
1 sb bawang putih - dicincang kasar
1 sb taucu (yellow bean sauce)
2 cawan stok ayam
1 sb sos ikan
1 sb sos tiram
1 sb maggi seasoning
gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper

Cara-cara :

Gaulkan isi ayam dengan 1 sb tepung jagung dan maggi seasoning. Perap selama 10 minit.

Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat.
Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.

Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan.
Masukkan taucu (yellow bean sauce) dan goreng lagi sehingga sebati.

Masukkan pula ayam yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak.

Masukkan pula stok ayam dan masak hingga mendidih.

Masukkan brokoli, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata.

Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.

Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi.

Taburkan sedikit serbuk white pepper.

Putera Kesayangaku






Saje jek aku masukkan gambar putera kesayangku ni... makin membesar & makin ligat. Kuat mengamuk jek kalau apa yang diingini tak dipenuhi

Selamat Hari Lahir Abang

Kek Besday (Beli jek)

Ready nak tiup lilin - Mr Hubby & Pokce

Ber'BBQ'

Meriah


Tanggal 5Julai adalah hari lahir suami tercayang aku.. Selamat Hari Lahir yg ke-35 abang.. semoga abang bahagia, dilimpahi rezki, dilindungi oleh-NYA
Tapi disebabkan 5hb tu Mr HB nak tolong kwnnya buat wiring, aku & kengkwn plan buat awal sehari. Majlis makan2 yang di rancangkan sebenarnya hanya kecil jek awalnya. Cuma aku bersama 2 org lagi jiran kami serta keluargaku sahaja. Atas sebab2 tertentu, kami pun pelawa la beberapa kwn2 rapat & jiran yang ada bersama2 memeriahkan majlis ni.
Menu kami simple jek, bbq ayam, hotdog, udang, kupang, kerang, ikan, jagung & nasi goreng. Air pula kami buat ais jelly. Acha jiran seblh umah buat serawa durian & bubur kacang. Cik Sam plak, buatkan jelly utk air minuman kami
Terima kasih buat semua yek..